Pages

12 March 2012

Sukan vs Politik

Perlawanan akhir All England 2012 bagi perseorangan lelaki antara Lee Chong Wei dan Lin Dan cukup mencuit hati. Kedua-dua permain telah menunjukkan prestasi yang cukup tinggi. Penyokong-penyokong kedua-dua permain juga menunjukkan 'prestasi' yang juga tinggi dengan memberi sokongan dan sorakkan yang cukup kuat.

Sebagai rakyat Malaysia, pastinya ingin melihat kemenangan negaranya. Ini boleh dilihat daripada TV bahawa semua rakyat Malaysia di Birmingham menunjukkan semangat patriotik dengan menyokong 'kau kau' kepada Lee Chong Wei. Kalau Rasid Sidek lawan Lin Dan, saya pasti rakyat Malaysia tetap akan menyokong Rashid Sidek.

Selepas menyaksikan perlawanan akhir All England 2012, saya telah membuat satu kesimpulan terhadap Sukan dan Politik.

Sukan sebagai PEMANGKIN perpaduan rakyat
Politik sebagai PENGHALANG BATU perpaduan rakyat

Gambar pada saat perlawanan akhir itu memang menunjukkan hasrat semua rakyat Malaysia iaitu berharap Lee Chong Wei boleh menang. Walau bagaimanapun, kemenangan perlawanan tersebut pun tidak penting. Yang penting, rakayat Malaysia di luar negara telah menunjukkan semangat patriotik. Soalanya, adakah mereka layak untuk undi? Tanyalah SPR~ Sukan memang mendorong perpaduan rakyat Malaysia.

Bagaimana dengan politik pula? Politik, lebih tepat boleh dikatakan Ahli Politik di Malaysia sahaja (Yes! Only in Malaysia) merupakan penghalang batu kepada perpaduan rakyat Malaysia. Sejak kemerdekaan Malaysia, ahli politik demi menjaga kepentingan sendiri (poket rupa-rupanya~), mereka akan mengelakkan perpaduan rakyat Malaysia.

Formula ini sebenar dicipta oleh negara yang 'Great' sebelum merdeka. Ahli politik mendapati formula 'pecah dan perintah' (divide and rule) amatlah berkesan supaya boleh mengaut undi (sekali lagi, duit poket lah~~) besar. Ini memang cara yang terbaik dan terpantas untuk mendapat sokongan dan undi.

Apakah buktinya? Kita lihat parti-parti politik, ini cukup jelas menunjukkan 'pecah dan perintah'. Mungkin adalah orang kata bahawa parti berbilang kaum tak semesti mendorong perpaduan, betul ke ni? Fikirlah dengan kepada otak kau~~ :D 

Yang penting, parti yang terbuka kepada berbilang kaum akan memberi lebih interaksi dan juga komunikasi antara kaum dan secara langsung mendorong kepada perpaduan. Hasilannya mungkin bukanlah  segera, tetapi ia pasti akan memberi kesan positif dari masa ke semasa.

Sebelum itu Malaysia mempunyai seorang pemimpin menyahut supaya keahlian parti terbuka kepada semua kaum demi menjaga kepentingan rakyat Malaysia, akan tetapi cadangan beliau telah ditolak dan dihalau keluar partinya. Demi menjaga poketnya, ahli politik Malaysia (Yes! Only in Malaysia) tetap gemar dengan permainan yang mudah dan senang -

Sekali lagi ini menunjukkan

Sukan sebagai PEMANGKIN perpaduan rakyat
Politik sebagai PENGHALANG BATU perpaduan rakyat

Oleh itu, JOM Bersukan lebih baik daripada Berpolitik~~ Harap Lee Chong Wei bangkit semula di Sukan Olimpik!!!


No comments:

Post a Comment

Thanks for the comment