08 October 2016

Contoh Surat Bantahan Kenaikan Cukai Pintu MPSJ / Letter of Objection to Assessment Increased by MPSJ

MPSj telah menghantar notis cadangan menaikkan cukai pintu MPSJ seperti surat berikut :-



Walau bagaimanapun, kita sebagai penduduk tempatan boleh mengemukakan surat bantahan berkenaan cadangan ini. MPAJ baru baru ini pun melaksanakan perkara yang sama tetapi gagal kerana ada bantahan penduduk tempatan. 


Surat bantahan ini harus dikemukakan kepada MPSJ sebelum 17 Oktober 2016 ini. Sila war-warkan


Contoh Surat Bantah Kenaikan Cukai Pintu MPSJ



NAMA
No.__ , Jalan SS 19/6__
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan

YBhg. Dato’ Nor Hisham bin Ahmad Dahlan
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya
Persiaran Perpaduan, USJ 5
47610 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan                                                                            ___ Oktober 2016


YBhg. Dato’,

Bantahan Berkaitan Dengan Cadangan Nilai Tahunan Hartanah

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Saya seperti nama di atas adalah pemilik hartanah. Sepertimana yang pihak YBhg. Dato’ sedia maklum, notis pindaan kepada senarai nilaian telah dihantar oleh pihak YBhg. Dato’ dan diterima oleh saya.

3.            Berdasarkan notis tersebut, cadangan nilai tahunan akan dinaikkan daripada RM2,400 kepada RM              . Berdasarkan kadar yang dikenakan sekarang iaitu 8%, jumlah bayaran tahunan untuk hartanah ini akan dinaikkan daripada RM192.00 kepada RM            . Kenaikan yang bakal dikenakan adalah sebanyak RM           ataupun melebihi        %.

4.            Sukacita saya memohon pertimbangan pihak YBhg. Dato’ untuk mengekalkan kadar bayaran sebanyak RM192.00 setahun berdasarkan sebab-sebab berikut:

(a)               Peningkatan kos sara hidup di Subang Jaya;
(b)              Keadaan ekonomi merosot menyebabkan kesempitan kewangan;
(c)               Kawasan SS 19/6 merupakan kawasan kos rendah yang diduduki oleh pemilik majoritinya kategori B40;
(d)              Saya hanya memiliki sebuah hartanah yang mana ianya untuk kediaman kami sekeluarga; dan
(e)               Hartanah yang dimiliki adalah bukan untuk tujuan penyewaan. Oleh sebab itu, kenaikan nilai hartanah tidak memberi kesan kewangan kepada kami.

5.            Selain itu, saya ingin membangkitkan masalah terdapat di kawasan sini iaitu :-

(a)           Perancangan trafik dan penguat kuasa yang kurang berkesan serta banyak kereta meletak kereta di bahu jalan SS 19/6 menyebabkan kesesakan pada setiap masa; dan
(b)                     Masalah pembiakan tikus dan burung gagak.

6.            Besarlah harapan saya agar permohonan saya dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak YBhg. Dato’.

Keprihatinan pihak YBhg. Dato’ didahului dengan ucapan terima kasih.


Yang benar,



(       NAMA                     )



Contoh surat bantahan lengkap














No comments:

Post a Comment



Thanks for the comment