Pages

07 September 2012

e-MASS : Pembiayaan bekalan ubat untuk Pesara Awam.

Semasa saya pergi ke Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN), JPA untuk membuat tuntutan perubatan pensara, saya mendapati sistem penuntutan perubatan akan berubah, eh bukan, boleh kata TELAH berubah. Bahagian ini di sini, Block C2, Kompleks C. Masuk ke dalam C2, tanya di kauter pertanyaan, Perkhidmatan Pencen adalah berada di tingkat atas daripada lobi di mana boleh naik tangga di sebelahnya.

Gambar berikut saya ambil di Bahagian Pencen:-





Saya telah menghantar 2 kali penuntutan bagi Katarak (Cataract). Untuk makluman, imbuhan balik hanya bagi harga lens , ya untuk LENS sahaja akan dibayar balik untuk pembedahan katarak. Bayaran penginapan, pembedahan, consultant fee dan sebagainya selain daripada LENS tidak termasuk dalam penuntutan dan tidak boleh dituntut balik.

Pengumuman penting : Mulai 15 Mei 2012, Bahagian Pencen JPA tidak akan melayan sebarang permohonan tuntutan perubatan. Segala penuntutan perlu rujuk kepada e-MASS.
Boleh rujuk surat arahan daripada JPA ini

Segala sistem penuntutan telah di-OUTSOURCE kepada 3rd party. Ya, sekali lagi di-OUTSOURCE kepada syarikat  Oratis Services Sdn. Bhd. Lihat pengumuman JPA ini. Apa sebab JPA nak outsource Penuntutan Perubatan ini? Berapa jumlah kontrak yang diberi kepada syarikat ini?

Saya telah melayari e-MASS ini dan pengguna mesti mendaftar (sign up) baru boleh melayari. Kita akan expect pesara sekarang 60-an, 70-an dan 80-an mengguna komputer untuk mengakses dan membuat penuntutan?



Sekiranya sesiapa telah melakukan penuntutan melalui e-MASS ini, boleh berkongsi pengalaman anda.




No comments:

Post a Comment

Thanks for the comment