Gambar berikut saya ambil di Bahagian Pencen:-
Saya telah menghantar 2 kali penuntutan bagi Katarak (Cataract). Untuk makluman, imbuhan balik hanya bagi harga lens , ya untuk LENS sahaja akan dibayar balik untuk pembedahan katarak. Bayaran penginapan, pembedahan, consultant fee dan sebagainya selain daripada LENS tidak termasuk dalam penuntutan dan tidak boleh dituntut balik.
Pengumuman penting : Mulai 15 Mei 2012, Bahagian Pencen JPA tidak akan melayan sebarang permohonan tuntutan perubatan. Segala penuntutan perlu rujuk kepada e-MASS.
Boleh rujuk surat arahan daripada JPA ini
Segala sistem penuntutan telah di-OUTSOURCE kepada 3rd party. Ya, sekali lagi di-OUTSOURCE kepada syarikat Oratis Services Sdn. Bhd. Lihat pengumuman JPA ini. Apa sebab JPA nak outsource Penuntutan Perubatan ini? Berapa jumlah kontrak yang diberi kepada syarikat ini?
Saya telah melayari e-MASS ini dan pengguna mesti mendaftar (sign up) baru boleh melayari. Kita akan expect pesara sekarang 60-an, 70-an dan 80-an mengguna komputer untuk mengakses dan membuat penuntutan?
Sekiranya sesiapa telah melakukan penuntutan melalui e-MASS ini, boleh berkongsi pengalaman anda.